Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Saturday 24 November 2012

Selamat tahun baru hijrah...

Sudah masuk tahun baru hijrah sekarang ni . Hari ni hari ke 11 bulan Muharram. Alhamdulillah dalam apa keadaan pun dapat juga aku mengakhiri tahun hijrah 1432 dengan berpuasa dan memulakan tahun hijrah 1433 dengan berpuasa juga. Dan dapat juga aku berpuasa pada 8,9 dan 10 Muharram . Syukur kerana Allah memberikan kesehatan yang baik walaupun sebenarnya aku ada masalah GERD.
 
Sebulan aku dapat berada di rumah BP. Dan bersyukur juga aku kerana aku dah dapat kawan yang menemani aku di rumah. Taklah aku sunyi. Sebenarnya aku tak takut bersendirian di rumah, cuma kadang 2aku rasa sunyi dan bila teringat cucu2 terus rasa hiba sbb rindu dengan perangai dan ragam mereka.Alhamdulillah aku tak pula rasa jemu dan bosan melayan cucu2 aku yang bermacam2 ragam dan kerenah tu...muda2han mereka sayang pada aku. Tapi bila nakal2 sangat tu aku cubit juga.

Sebulan berada di rumah dapatlah aku bersih2 kan rumah dan keliling rumah  tu. Aku sudah mula kembali membela pokok2 orkid. Dulu memang banyak. Tapi bila dah ditinggal2 maka satu persatu mati.
Menjaga orkid tidak begitu susah. Hanya baja dan air yg cukup.Juga cahaya matahari pagi. Walaupun dalam keadaan aku asyik berjalan itu pun pokok2 itu berbunga juga.

Aku dapat juga menziarahi adik aku yg baru balik dari menunaikan Haji. Alhamdulillah mereka selamat walaupun nampak macam tak sehat, batuk dan demam. Biasalah tu.

Berita yang aku dan mungkin semua orang tunggu ialah keputusan UPSR. Alhamdulillah cucu aku Afif Wahdi lulus cemerlang 5 A...tengok dari cara dia belajar memang aku dah agak dia boleh capai 5 A. Apa nak hadiahkan dia ????? Tak tau lagi . Cuma yang aku dengan Tok Wan dia nakbagi RM 1000.00. Wau banyaknya... Alhamdulillah ...

Kini aku di Melaka . Hari ni akan ke Bangi ke rumah Akhdiat....mungkin akan melarat ke rumah Intan agaknya...Begitulah rutin harian hidupku.. Walauapau pun  " Home is where the heart is.."

No comments:

Post a Comment