Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Thursday, 6 October 2016

Alhamdulillah, semoga Allah memberkati jodoh kamu..

Setelah hampir 2 tahun menduda maka akhirnya bertemu lg jodohnya. Kali ini dengan anak gadis dari segamat yg bekerja di JB.
Pernikahan dan majlis kawin tu berlangsung pd  17 Sept 2016 di Labis tempat keluarga perempuan.
Walaupun majlis rengkas tapi cantik n meriah.

Di sebelah lelaki pulak, majlis menjemput menantu dibuat pd tatikh 2 Okt. Sangat ringkas. Aku hanya menjemput org surau utk bacaan Yaasin dan tahlil n doa selamat. Selain itu aku jemput saudara mara terdekat n jiran2 sekitar rumah.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik .
Semoga jodoh mereka AHMAD NAZMAN dan NOR AZURA  berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga Allah memberkati perkahwinan mereka.

Monday, 8 August 2016

Raya 2016.

Alhamdulillah berjumpa lg aku dengan aidilfitri 2016. .Tahun ini semua anak cucu balik BP kecuali Akhdiat. Kali ini mereka balik Sg petani. Tapi hari raya kedua dah muncul semula diBP.
Puasa tahun ini kami sambut  di Seremban, rumah Amat. Dia dah pindah Kerja di Pejabat MARA Seremban. Ada kuaters, besar. Senang cucu2 aku nak bermain2 di kawasan yg besar tu. Minggu pertama puasa aku duduk di rumahnya dengan 6 org cucu, sebab sekolah masih cuti. Suria jg dpt bersahur 2 mlm di sini. Seronok sbb mlm2 dpt berterawih di surau. Mereka buat terawih 8 + 3 rakaat shj. Jadinya tidaklah tergesa2 utk menghabiskan 20 rakaat. Kanak2 pun suka. Lepas tu ada tahlil pulak. Dan sesiapa yg nak minum bolehlah join kat dapur surau tu.
Minggu kedua aku berpuasa di BP sbb ada follow up checking di Hospital.  Tapi belah mlm aku tidur rumah adik aku di Tmn Koperasi. Seterusnya minggu 3 n 4 aku balik semula rumah Suria, Melaka.
Seronoknya tahun ini aku dpt menunaikan solat terawih di 5 buah surau/masjid.
Mudamudahan Allah sehatkan tubuh badanku dan panjangkan umurku utk menikmati Ramadhan tahun hadapan. Insyaa Allah.

Sunday, 7 August 2016

Lagi gambar2 di Rumah Terbalik....

Selesai di RT tu kami g mkn tenghari di Teluk Kemang...dan lepad tu masing2 bawak haluan ke destinasi masing2.

Rumah Terbalik PD.

Selesai di Grand Lexis kami pergi pulak ke Rumah Terbalik di PD tu.
Bagus jg melawat rumah tu. Aku tak dpt ceritakan apa ada dlm rumah terbalik tu. Tengoklah  gambar2 di bawah ni.