Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Tuesday 20 January 2015

15 tahun yg lalu....


Sepanjang tahun 2014

Telah berlalu 2014...begitu cepat sekali.
Apa yg ada dlm th 2014 tu.?....
Rasanya banyak....sama ada berlaku pd diri, keluarga atau negara.
Apa yg aku ingat bulan 12 , 2013 aku mengikut kak mah ke kelantan atas urusan perkahwinan cucu pertamanya , Shafiq, anak Anida. Dan diikuti majlis kenduri kawin tu di rumahnya , Rengit. Ani menerima 2 menantu sekaligus iaitu adik Shagiq, Nadia. Senang kerja kan.....
Bulan Febuari, 22hb. Bujang pulak mengahwinkan anaknya , Ijam di KL.
Oh ye sebelum itu Nana mengahwinkan anaknya  Farehah.
8 Mac, Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat Mas MH 370 yg membawa lebih 300 penumpang , dari KL ke Beijeng. Memang gempar ...dan hingga kini tidak diketahui di mana .......sedih . Hanya Allah saja yg mengetahui di mana pesawat itu berada...
Bulan Mac juga suami adik iparku, Sarah, meninggal dunia. Semoga Allah mengampuni dosa2nya dan menempatkan rohnya bersama roh org2 beriman.
23 Mac adalah birthday aku yg ke 67, sementara 22 mac adalah birthday arwah suami.