Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Sunday 27 January 2013

S'pore City Tour... Universal Studio

20 Dis. - 21 Dis.2012 aku ikut Suria ke S'pore. 20 Dis. tu kami tumpuka pada melawat Universal Studio (USS). Memang kalau nak melawat USS ni  rasa satu hari tak habis. Dari pukul 11.00 - 7.30 malam kami habiskan masa di situ saja. Mujur ada tempat bersolat....Di bawah ni adalah sebahagian dari  gambar2 yang dirakam ketika berada di USS.


Saturday 26 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul ...

24 Jan. Adalah hari sambutan Maulidur Rasul SAW. Sejak hari Ahad aku dah berada di rumah Suria. Anak dia demam, jadi aku ikut dia balik Melaka. Nak tinggalkan rumah susah skrang ni. Khairil yg selalu datang rumah kalau aku tak ada tu, sakit pulak. Puas fikir nak suruh siapa beri makan kucing dan jirus pokok2. .....last2 aku suruh saja budak Indon yg sekalu bersihkan rumah aku.
Sambutan maulid kali ini  aku rasa macam senyap aje...ke aku yg  tak g masjid. ??? Walau apa pun aku bukak fb utk dapay ilmu yg baik utk diamalkan sempena sambutan ini. Sebenarnya berselawat  sepanjang masa adalah perkara terbaik dlm kehidupan kita ini. Dari fb banyak ilmu yg kita dapat. Hendak tak nak aje utk mengamalkan. Zaman sekarang banyak kemudahan utk dapat ilmu . Hendak atau tidak aje...

Monday 14 January 2013

Legoland Malaysia.


Home alone....

Dah hampir 2 minggu aku di rumah. Bila dah lama di rumah anak2 memang aku akan rindu kat rumah. Tapi bila di rumah dan nampak baju2 cucu aku jadi rindu kpd mereka. Kadang2 rindu itu tidak terkawal dan aku menjadi sedih. Agaknya beginilah hati org tua2 spt aku .
Bila bersaorangan ni aku kena cari kerja utk penuhkan masa. Hari Jumaat sblah ptg   ke surau . Hari Isnin n Khamis ke masjid . Di rumah aku buatlah apa2 yg patut, bersihkan keliling rumah , dalam rumah. Itu pun bergantung pd tahap kerajinan. Kalau aku tak rajin , aku tak buat apa2lah.
Duduk mengadap leptop dan gtab pun boleh isi masa aku. Rindu pd cucu2 akan terubat dengan melihat ragam2 mereka yg gambar mereka banyak rakamkan dalam fb dan blog. Aku belajar buat benda2 tu dari anak dan cucu aku, Afif Wahfi.
Sebut nama Afif Wahdi, aku jadi sedih. Dia dapat belajar di MRSM Parit, Perak. Itu yg aku sedih sbb dia dah tak dapat ajar aku benda2 yg aku tak tau pasal komputer....tapi tak apalah demi masa depannya. Muda2han dia berjaya .

Wednesday 9 January 2013

Mari mandi kolam....

Mandi_manda di kolam Alai Perdana.
Cucuku memang suka mandi kolam. Pergi mana pun mesti nak mandi kolam. Tengoklah sampai beli 2 kolam plastik. Bersungguh2 mandi. Menjerit2, bersimbah2 air, ..last2 gaduh, merajuk. Itulah dunia kanak2. Dalam ramai2 tu hanya sorang aje perempuan. Puteri Norjannah....tapi macam budak jantan juga. Last2 orang lain dah siap, dia sorang tak siap2 , tak mau keluar dari kolam...Janah, oh Jannah.

Satu kolam tak muatlah... Jannah pulak ada sekali kat sini. Tak maluuuuu


Cepat ayah saya nak duduk sorang kat kolam biru ni....


Laa dia sorang dalam kolam tu....ngelat..

Buat apa tu Iman....

Cepat keluar, dah hujan niii


Kita tak kena hujan...

berangan apa tuu Imran. Taklah kita nak mandi dengan Jannah



Lah tak sudah2 lagi Jannah ni.

Ragam cucu2 ku