Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Monday 14 January 2013

Home alone....

Dah hampir 2 minggu aku di rumah. Bila dah lama di rumah anak2 memang aku akan rindu kat rumah. Tapi bila di rumah dan nampak baju2 cucu aku jadi rindu kpd mereka. Kadang2 rindu itu tidak terkawal dan aku menjadi sedih. Agaknya beginilah hati org tua2 spt aku .
Bila bersaorangan ni aku kena cari kerja utk penuhkan masa. Hari Jumaat sblah ptg   ke surau . Hari Isnin n Khamis ke masjid . Di rumah aku buatlah apa2 yg patut, bersihkan keliling rumah , dalam rumah. Itu pun bergantung pd tahap kerajinan. Kalau aku tak rajin , aku tak buat apa2lah.
Duduk mengadap leptop dan gtab pun boleh isi masa aku. Rindu pd cucu2 akan terubat dengan melihat ragam2 mereka yg gambar mereka banyak rakamkan dalam fb dan blog. Aku belajar buat benda2 tu dari anak dan cucu aku, Afif Wahfi.
Sebut nama Afif Wahdi, aku jadi sedih. Dia dapat belajar di MRSM Parit, Perak. Itu yg aku sedih sbb dia dah tak dapat ajar aku benda2 yg aku tak tau pasal komputer....tapi tak apalah demi masa depannya. Muda2han dia berjaya .

No comments:

Post a Comment