Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Monday 25 March 2013

Setelah 10 tahun ....

Begitu cepat masa berlalu. antara sedar dan tidak sudah 10 tahun aku bersara,bermakna umurku sekarang sudah 66 tahun pada 23 Mac lalu. dah 10 tahun.....eh cepatnya masa berlau. Macam tak percaya bahawa aku sudah nak masuk era 70 an..Yalah dari tak ada
menantu dah ada menantu , dari tak ada cucu dah ada cucu...
Cucuku dah nak masuk 10 orang..itu yg best.
Bila aku fikir dan kenangkan baik2 hal keadaan nasib aku ni, (walaupun aku ibu tunggal), aku bersyukur sangat2 ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan aku seribu nikmat hidup ini. Aku masih beruntung kalau dibandingkan dengan orang lain. Walaupun aku sorang menjaga anak, dapat juga mereka itu belajar tinggi ..dan yang aku sangat bersyukur mereka semua telah berkahwin dan masing2 ada cahaya mata...aku sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dunia dan akhirat.
Selama 10 tahun tu apa yang dah aku buat ?????
Dua hari selepas aku bersara, emak aku meninggal ( setelah hampir 2 bulan mak sakit tua di rumah kakak ).Aku sedih kerana tak sampai hajat utk bela mak bila bersara. Aku ingat tarikh tu ialah 26Mac 2003.Oh ye esok genaplah 10 tahun emak meninggal. Semoga roh mak dan bapakku serta roh suamiku sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT. 
Beberapa hari lepas itu aku berpeluang pergi Paris, tempat adik ipar bekerja. Kebetulan kontraknya di sana akan tamat dan dia minta aku datang. Sebenarnya susah juga nak pergi tu sbb aku bukan ada banyak duit. Tetapi memikirkan itu adalah peluang yg ada, bila dia dah balik m'sia, bila pulak aku nak g sana...maka aku koreklah duit2 yg ada dan aku bawa anak aku intan bersamaku. Ngeri aku nak naik mas 12 jam sorang2. Maka berangkatlah aku 2 beranak ke Paris pd 31 mac 2003. Macam tak caya aje aku nak ke Paris..
 Balik dari Paris aku bercadang utk ke sabah sbb nak bawak balik Suria , takut terberanak kat Sabah. aku bajak adik dan kakak aku ke Sabah.. Tapi rupa2nya tak sempat aku pergi , Suria dah selamat melahirkan anak secara pembedahan abb anaknya tu terbelit tali pusat. maka berangkatlah kami ramai2 ke Sabah...Anak suria tu adalah cucu kefua aku. Namanya Mohd Ilham Syukri. Cucu pertama aku Afif Wahdi lahir 19 may 2000. 3 tahun pertama setelah bersara tu , aku duduk di melaka menemani suria yg dapat pindah ke polotiknik merlimau. Suaminya sambung belajar. Setisp minggu aku akan balik ke bp. Bila Alif dah habis belajar dan Ilhsm dah masuk 4 tahun aku balik semula ke bp. Ilham dihantar ke taska . Tahun 2004 aku dapat sorang lagi cucu, Aisya Zahra, anak akhdiat. Ini cucu perempuan pertamaku. Seterusnya dari 2005 hingga 2011 aku dapat lagi 6 cucu, iaitu Adib Irfan, Ikhwan Najmi, Iman Danial, Imran Hafiez, Putri Norjannah dan adiknya Mohd Firdaus. Alhamdulillah. Tahun 2006 Intan kahwin, dan tahun 2009 Amat pulak. Alhamdulillah, lega bila anak2 dsh berumahtangga dan masing2 ada pekerjaan tertentu.