Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Tuesday 1 March 2016

1 MAC 2016. Lepak kat rumah...


Aku dah balik ke rumah ku di BP. Aku ikut mereka balik pd 9 Feb. lalu. 10Feb Suria bawak aku mkn angin ke Padang Sumatra. Pd awalnya mcm malas nak ikut. Tapi bila anak2 yg lain kata pergilah...maka aku ikutlah. Kat sana 2 mlm aje. Tapi rasa seronok melihat negara org...
Apa yang aku perolehi dari negara itu ialah mereka hidup dengan meggunakan apa sahaj sumber alam yang Allah kurniakan kpd mereka. Mereka takkan mati kelaparan kerana mereka ada beras yg ditanam sendiri, ada sayur yg ditanam sekeliling rumah, ada ikan yg ditangkap dlm tasik atau sungai/ laut. dan yg paling istimewa tidak ada bangsa lain yg berani tinggal lama di situ.
Mereka mendirikan masjid atau surau dari derma org ramai. Tidak berharap kpd kerajaan.

Kami dibawa oleh Pak Supir yg pandai bercerita dan berseluruh. Dia tahu sejarah tempat2 yang dilawati. Kami dibawa melawat kilang kopi yang seratus peratus diusahakan oleh org tempatan.
Kami juga melihat bagaimana mereka menghasilkan kuih bingka dpd ubi kayu n pisang. Memang sedap. Sedangkan ditempat kita bingka ubi tu mcm dah nak pupus.

Memang amat berbeza kehidupan mereka berbanding kehidupan org kita yg rata2 mahukan kerja di pejabat... maka jatuhlah kerja2 itu ke tangan mereka yg berhijrah ke sini.

lain2 tempat yg dilawati termasuklah Air Terjun lembah Anai, Istana Beso Pagar Ruyung dan ada lg lah tempat2 shopping. habis jg dekat2 2 juta.....hi..hi...

Hari Sabtu balik KL. sampai rumah Amat dah mlm jg. Sebabnya kerana tak dapat cari tempat parking kereta...Park tempat lain , cari tempat lain....

Esok Sabtu 13 Feb kami ke majlis kawin anak kak Normah pulak di Dewan Felda Keramat.

Suria balik melaka, tpi aku tak ikut sbb ada app dng Dr Siti Aisyah di Klinik Shifa Syah Alam pd 16/2 tu. Aku dok rumah Amat.Hari Ahad 15/2 tu ada annual dinner pelajar2 Alam Syah di Hotel Mandrin...Ada yg sponser. Kalau aku disuruh membayar sampai RM 500 satu kepala, maka jawabnya tidaklah..lebih baik aku belanja makan anak cucu aku...taraf hidup kami tak sampai ke level itu nampaknya.