Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Showing posts with label cucu2ku. Show all posts
Showing posts with label cucu2ku. Show all posts

Wednesday, 9 January 2013

Mari mandi kolam....

Mandi_manda di kolam Alai Perdana.
Cucuku memang suka mandi kolam. Pergi mana pun mesti nak mandi kolam. Tengoklah sampai beli 2 kolam plastik. Bersungguh2 mandi. Menjerit2, bersimbah2 air, ..last2 gaduh, merajuk. Itulah dunia kanak2. Dalam ramai2 tu hanya sorang aje perempuan. Puteri Norjannah....tapi macam budak jantan juga. Last2 orang lain dah siap, dia sorang tak siap2 , tak mau keluar dari kolam...Janah, oh Jannah.

Satu kolam tak muatlah... Jannah pulak ada sekali kat sini. Tak maluuuuu


Cepat ayah saya nak duduk sorang kat kolam biru ni....


Laa dia sorang dalam kolam tu....ngelat..

Buat apa tu Iman....

Cepat keluar, dah hujan niii


Kita tak kena hujan...

berangan apa tuu Imran. Taklah kita nak mandi dengan Jannah



Lah tak sudah2 lagi Jannah ni.

Ragam cucu2 ku

Thursday, 29 November 2012

Iman Daniel & Imran Hafiez


Kami berdua ni anak kepada Lokman Norhakim dan Syahrul fauziah (Intan).Mama kami ni anak Atuk Mili yg bongsu.
 Kami tinggal di KL. Kami berdua ni memang suka bergambar.Macam2 gaya kami buat. Dalam gambar ni adik saya tunjuk jari 3..katanya dia nak adik sorang lagi, baby girl. jadi jumlah semua 3 beradik. Saya Iman Daniel, abang kepada Imran Hafiez. Saya sudah masuk Tadika REAL KIDS . Umur saya pada 20 Dis. ni baru 5 tahun.

Adik saya lahir pada 19 Nov. umurnya dah 3 tahun sekarang. Cakap masih pelat . Masa kecil dulu dia debab..sekarang dah tak debab lagi. Dia kuat menangis. Manja agaknya. Sbb tu saya suruh mama beranak lagi supaya padan muka dia tak dapat manja2 lagi.
Saya suka tolong mama masak ..saya nak jadi chef yg terkenal nanti...
Setakat ni dulu saya menulis . rasa macam nak g tandas aje...byeee.

Wednesday, 28 November 2012

Puteri Norjannah & Mohd. Firdaus

Nama saya Mohammad Firdaus, anak kepada Ahmad Nazman dan Sharifah Fatimah.Ahmad Nazman tu anak atuk mili yg no.3. Umur saya pada 19 Dis. ni genap setahun. Saya sudah pandai berjalan, dah ada banyak gigi. Tengoklah gigi saya nampak 2 batang tu. Itu masa raya dulu. Sekarang gigi saya dah banyak.
 Gambar bawah ni ialah ialah gambar kakak saya. Nama dia Putri Norjannah. Umur dia dah dua tahun lebih. Dia dah pandai bercakap.Dia ni manja sabgat dengan ayah saya, Sikit2 ayah, sikit2 ayah..tak boleh jauh dari ayah. Tapi dia rapat juga dengan babah saya. Saya pulak rapat dengan bibik yg jaga saya, maklumlah sejak kecik dia jaga saya.
kami jarang balik BP tempat keluarga ayah saya. Maklumlah mama dan ayah saya kerja di KL. Tapi kami selau juga berjumpa , kadang2 jumpa di KL atau pun di Melaka. Kalau atuk saya datang ke KL dia mesti datang rumah saya. 
Itu saja cerita dari saya dan kakak saya. Nanti kalau ada cerita lain saya akan tulis lagi yee ...bye...