Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Thursday 15 November 2012

Kembali menulis.....

Entah berapa kali aku mencuba utk membuat blok baru ini. Aku tak pandai tapi aku suka belajar membuat benda2 baru. Akhirnya dapat juga aku membuatnya...tapi simple aje.
Dalam tempoh 2 tahun banyak peristiwa berlaku. Tahun 2009 lepas majlis kawin Ahmad Nazman aku jatuh sakit..masuk hospital Putra Melaka 6 hari. Doktor kata gastrik. Sekarang alhamdulillah semakin sembuh, cuma kena jaga makan minum. Banyak pantang.
Cucu aku dah 9 orang. Akhdiat 3 ( tahun depan insyaallah sorang lagi ), Suria n Intan masih 2 orang dan Amat 2 orang sepasang. Seronok ana cucu ni. Boleh jadi kawan dan juga lawan gaduh.
Ada juga peristiwa sedih iaitu kakak aku suaminya meninggal raya baru ni dan adik aku bapa mertuanya meninggal. Adik aku yg di Pontian tu pergi Haji , katanya 18 nov. ni balik. Insyaallah.
Aku seperti biasalah menghabiskan masa bersendirian. Masa aku penuhkan dengan membaca, mengemas keliling rumah , jaga kucing, bela ikan dll. Kalau dah jemu di rumah , aku ke rumah cucu, Melaka, Bangi atau KL.Dan sesekali tu bukak fb. Seronok juga ada fb ni. Dapat jumpa kawan2 lama dan guru2 zaman sekolah dulu.

2 comments: