Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Saturday 17 November 2012

Ilham dan Ikhwan...

Mohd Ilham Syukri dan Ahmad Ikhwan Najmi
Mohd Ilham Syukri dan Ahmad Ikhwan Najmi adalah anak kepada Suria dan Mohd Alif Albakri. Suria anak aku yg kedua. Merekan tinggal di Melaka.
Ilham lahir di Sabah. Masa tu Suria kerja di Politiknik Sabah. Lahir tak cukup bulan. 7 bulan. Terpaksa dioperate disebabkan terbelit tali pusat. Alhamdulillah dia sehat. Nasib baik masa tu aku dan mula bersara. Maka berangkatlah aku ke Sabah utk. bawak mereka balik BP.
Permohonan pindah ke Semenanjung berjaya. Dan menetaplah mereka di Melaka.
Selama 3 tahun aku menjaga Ilham di Melaka. Tak ada masalah bela dia ni. Cuma yang aku perhatikan dia tak bercakap. Menangis adalah...Bawak ke pakar kata doktor dia normal.
Semasa berumur 5 tahun hantar ke tadika...alhamdulillah, boleh pun dia bercakap. Pandai pun menulis. Agaknya keadaan sekeliling yg buat dia tak bercakap. Tinggal dengan aku, nak bual apa ....Ilham tak berapa pandai buat ayat bila bercakap.
Umur 7 tahun Ilham masuk sekolah . Dan sekarang dah nak naik darjah 4 (2013). Ilham ni kelemahannya ialah dia tak pandai buat ayat BM. Yang pelik tu  yang lain2 tu pandai BI, MM, ...dan yg istimewanya dia pandai Bahasa Arab...markahnya selau 90 ke atas, dan pernah mencecah 100%.
Walau apa pun Ilham dah besar sekarang, dah boleh diharap tolong emak dia. Badan tinggi, tak ikut emak bapak dia...Dialah yang selalu menemani aku di BP, ketika cuti sekolah.

Ahmad Ikhwan Najmi, kini 5 + tahun. Lahir di Melaka. Sejak kecil dia dihantar ke rumah " Mak Pah ". Dia ditatang macam minyak yg penuh uleh keluarga itu. Agaknya sbb yg menjaganya orang Melaka asli, maka mulutnya becok macam orang Melaka. 3 tahun dah pandai bercakap macam org tua. Kalau ambil exam. tentu BM dia 100%.
Ikhwan berkulit putih , badan tak tinggi..dah nak masuk 6 tahun , ketot aje. Dia masuk Tadika waktu umur 4 tahun. Dialah juara di Tadika tu. Bila ada konsert akhir tahun, macam2 peranan dia ambil. Dan dia ni terang hati, mudah faham, mudah ingat.. mengaji sekejap aje dah hafal. Itulah kelebehan Ikhwan Najmi.

No comments:

Post a Comment