Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Friday 16 November 2012

Aku dan cucu...

Afif Wahdi,  Aisya Zahra dan Adib Irfan

Anak pertamaku Akhdiat berkahwin dengan Kartini, dari Kedah. Setakat ini mereka dikurniakan 3 anak : Afif Wahdi (12), Aisya Zahra (8) dan Adib Irfan (6). Mereka tinggal di Bangi.

Afif baru mengambil peperiksaan UPSR. Muda2han dia lulus cemerlang.Dia ni rajin membaca. Bahasa Inggerisnya, wau, memang terror. Maklumlah emak bapak Guru Bahasa Inggeris di USIM. Dan dia juga rajin membaca . Tapi dia ni garang sikit dengan adik2. Kalau tengah belajar tu jangan sesiapa kacau dia.

Anak kedua Aisya Zahra, tahun dua. Cucu perempuanku ini macam lelaki, tak suka pakai baju gaun / kurung. Sepanjang masa berseluar. Agaknya sebab dia dikelilingi oleh adik beradik dan sepupu lelaki.( Utk pengetahuan ,buat masa ini aku hanya ada 2 cucu perempuan ,7 yg lain lelaki.) Aisya ni kuat merajuk. Sikit2 merajuk...mengada2. manja sangat agaknya.Muka tu masam aje. Tapi sekarang ni aku tengok dah pandai bergaya bila bergambar. Dah pandai senyum.
Aisya ni pun terror BI. Baru2 ni dapat hadiah cemerlang BI.

Yang ketiga Adib Irfan. Kulit putih melepak macam Tok Wan dia. Dah 6 tahun , tak tinggi2 . Ikut bapak dia agaknya. Dia ni ada malas sikit belajar. Homework dari Tadika , ibu dia yg buatkan. Manjalah tu. Dan dia ni kuat menangis.Dan satu perangai burunya ialah suka berak dalam seluar. ......Entah kenapa dia tak mau beritau kalau nak membuang...Dia memang tak banyak cakap, senyum aje..muka memang hndsom..
Khabarnya tahun depan mereka akan dapat adik ..Alhamdulillah. Muda2han selamat.


1 comment:

  1. Alhamdulillah.. Afif lulus cemerlang UPSR nya. 5 A. Permulaan utk perjalanan yang masih panjang. semoga awak akan terus cemerlang utk dunia dan akhirat.

    ReplyDelete