Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar
Thursday, 11 July 2013
Islam Digest: Kelebihan berpuasa dari sudut sains
Wednesday, 15 May 2013
Monday, 25 March 2013
Setelah 10 tahun ....
menantu dah ada menantu , dari tak ada cucu dah ada cucu...
Cucuku dah nak masuk 10 orang..itu yg best.
Bila aku fikir dan kenangkan baik2 hal keadaan nasib aku ni, (walaupun aku ibu tunggal), aku bersyukur sangat2 ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan aku seribu nikmat hidup ini. Aku masih beruntung kalau dibandingkan dengan orang lain. Walaupun aku sorang menjaga anak, dapat juga mereka itu belajar tinggi ..dan yang aku sangat bersyukur mereka semua telah berkahwin dan masing2 ada cahaya mata...aku sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dunia dan akhirat.
Selama 10 tahun tu apa yang dah aku buat ?????
Dua hari selepas aku bersara, emak aku meninggal ( setelah hampir 2 bulan mak sakit tua di rumah kakak ).Aku sedih kerana tak sampai hajat utk bela mak bila bersara. Aku ingat tarikh tu ialah 26Mac 2003.Oh ye esok genaplah 10 tahun emak meninggal. Semoga roh mak dan bapakku serta roh suamiku sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Beberapa hari lepas itu aku berpeluang pergi Paris, tempat adik ipar bekerja. Kebetulan kontraknya di sana akan tamat dan dia minta aku datang. Sebenarnya susah juga nak pergi tu sbb aku bukan ada banyak duit. Tetapi memikirkan itu adalah peluang yg ada, bila dia dah balik m'sia, bila pulak aku nak g sana...maka aku koreklah duit2 yg ada dan aku bawa anak aku intan bersamaku. Ngeri aku nak naik mas 12 jam sorang2. Maka berangkatlah aku 2 beranak ke Paris pd 31 mac 2003. Macam tak caya aje aku nak ke Paris..
Balik dari Paris aku bercadang utk ke sabah sbb nak bawak balik Suria , takut terberanak kat Sabah. aku bajak adik dan kakak aku ke Sabah.. Tapi rupa2nya tak sempat aku pergi , Suria dah selamat melahirkan anak secara pembedahan abb anaknya tu terbelit tali pusat. maka berangkatlah kami ramai2 ke Sabah...Anak suria tu adalah cucu kefua aku. Namanya Mohd Ilham Syukri. Cucu pertama aku Afif Wahdi lahir 19 may 2000. 3 tahun pertama setelah bersara tu , aku duduk di melaka menemani suria yg dapat pindah ke polotiknik merlimau. Suaminya sambung belajar. Setisp minggu aku akan balik ke bp. Bila Alif dah habis belajar dan Ilhsm dah masuk 4 tahun aku balik semula ke bp. Ilham dihantar ke taska . Tahun 2004 aku dapat sorang lagi cucu, Aisya Zahra, anak akhdiat. Ini cucu perempuan pertamaku. Seterusnya dari 2005 hingga 2011 aku dapat lagi 6 cucu, iaitu Adib Irfan, Ikhwan Najmi, Iman Danial, Imran Hafiez, Putri Norjannah dan adiknya Mohd Firdaus. Alhamdulillah. Tahun 2006 Intan kahwin, dan tahun 2009 Amat pulak. Alhamdulillah, lega bila anak2 dsh berumahtangga dan masing2 ada pekerjaan tertentu.
Saturday, 16 March 2013
Sunday, 27 January 2013
S'pore City Tour... Universal Studio
Saturday, 26 January 2013
Sambutan Maulidur Rasul ...
24 Jan. Adalah hari sambutan Maulidur Rasul SAW. Sejak hari Ahad aku dah berada di rumah Suria. Anak dia demam, jadi aku ikut dia balik Melaka. Nak tinggalkan rumah susah skrang ni. Khairil yg selalu datang rumah kalau aku tak ada tu, sakit pulak. Puas fikir nak suruh siapa beri makan kucing dan jirus pokok2. .....last2 aku suruh saja budak Indon yg sekalu bersihkan rumah aku.
Sambutan maulid kali ini aku rasa macam senyap aje...ke aku yg tak g masjid. ??? Walau apa pun aku bukak fb utk dapay ilmu yg baik utk diamalkan sempena sambutan ini. Sebenarnya berselawat sepanjang masa adalah perkara terbaik dlm kehidupan kita ini. Dari fb banyak ilmu yg kita dapat. Hendak tak nak aje utk mengamalkan. Zaman sekarang banyak kemudahan utk dapat ilmu . Hendak atau tidak aje...
Monday, 14 January 2013
Home alone....
Bila bersaorangan ni aku kena cari kerja utk penuhkan masa. Hari Jumaat sblah ptg ke surau . Hari Isnin n Khamis ke masjid . Di rumah aku buatlah apa2 yg patut, bersihkan keliling rumah , dalam rumah. Itu pun bergantung pd tahap kerajinan. Kalau aku tak rajin , aku tak buat apa2lah.
Duduk mengadap leptop dan gtab pun boleh isi masa aku. Rindu pd cucu2 akan terubat dengan melihat ragam2 mereka yg gambar mereka banyak rakamkan dalam fb dan blog. Aku belajar buat benda2 tu dari anak dan cucu aku, Afif Wahfi.
Sebut nama Afif Wahdi, aku jadi sedih. Dia dapat belajar di MRSM Parit, Perak. Itu yg aku sedih sbb dia dah tak dapat ajar aku benda2 yg aku tak tau pasal komputer....tapi tak apalah demi masa depannya. Muda2han dia berjaya .
Sunday, 13 January 2013
Wednesday, 9 January 2013
Mari mandi kolam....
Cucuku memang suka mandi kolam. Pergi mana pun mesti nak mandi kolam. Tengoklah sampai beli 2 kolam plastik. Bersungguh2 mandi. Menjerit2, bersimbah2 air, ..last2 gaduh, merajuk. Itulah dunia kanak2. Dalam ramai2 tu hanya sorang aje perempuan. Puteri Norjannah....tapi macam budak jantan juga. Last2 orang lain dah siap, dia sorang tak siap2 , tak mau keluar dari kolam...Janah, oh Jannah.