Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Sunday 16 December 2012

Rindu Emak...

Gambar ini aku mintak daripada kakak aku. Dia banyak juga simpan gambar2 lama. Jadi aku mintak satu gambar ni.Ini gambar mak dengan cicit dia anak Milah . Kalau tak salah tu Marina dan Farish. Mak ni panjang umur dan sehat. Dapat tengok cucu2 dia kawin. Orang2 dulu kan kawin umur muda. Kalah tak salah mak kawin umur dia 13 tahun......mudanya. Orang sekarang paling cepat kaein umur 24 tahun. Sbb tu  lambat dapat anak dan umur 50 tahun baru dapat cucu. Anak pun tak ramai ..

Kadang2 rindu pada emak tak dapat ditahan2..macam nak beritau mak sesuatu, tapi aku tau bahawa mak sudah tak ada. Emak meninggal waktu aku baru benar bersara. Aku bersara 24/03/03, mak meninggal 26/03/03. Sempat juga aku tidur dengan dia dan suap dia makan. Niat hati bila bersara tu nak jaga dia di rumah kakak aku. Tapi tak kesampaian. Nasib baik juga sebelum bersara tu ada jjuga aku ke rumah kakak menjengok2 dia  
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh mak n bapakku, Hjh Rafeah bti hj Abd Rahman dan Mohd Noh Hj Arshad. Insan yg bsnysk berkorbann terkorban demi anak2. Ya Allah kurniakan ganjaran Syurga bg mereka Ya Allah.

No comments:

Post a Comment