Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Monday 31 December 2012

Bertambah setahun lagi ......

Telah berlalu 2012, kini 1 Januari menonjolkan diri..1 Januari 2013. Cepatnya masa berlalu. Masih aku ingat lagi Dis.. tahun 2011 , ikut Suria ke Penang. Sebelum itu Nov. aku ke Besut Trengganu rumah adik ipar . Naik bas Mahligai dengan Ilham, Siah dan Sarah. Balik dari Trengganu aku demam urat, penat naik bas.
Tahun 2012 pula bulan Jun , ikut Suria lagi ke Vietnam. Dan baru2 ni ke S'pore melawat Universal Studio dan city tour bandar S'pore. Sebelum itu masuk Legoland JB. Wah berjalan sakan aku...
Sebenarnya aku memang suka berjalan. Hidup bersendirian tanpa suami memang sunyi. Apalagi bila dah bersara . Aku pulak bukan orang yg aktif politik ke, WI ke, atau apa2 kegiatan lain. Masa kupenuhkan dengan ke surau, masjid, dan ke rumah anak cucu . Di rumah aku leka dengan pokok2 bunga, kucing dan ikan2 kecil dalam akuarium dan membaca..Jadi kalau dipelawa utk berjalan , memang pucuk dicita ulam mendatang. Berjalan tu pun bukan jauh sangat, setakat dalam Malaysia. Nak keluar negara yg jauh2 memang tak mampulah. Kadang2 memang ada rasa iri bila dengar orang2 bersara keluar negara, melancong.
Dah bertambah setahun lagi umurku. Muda2han Allah panjangkan umurku dalam keadaan sehat , dapat menambah dan memperbaiki ibadahku yg sangat sedikit ini. Dapat bergurau dengan cucu2 dan yg ku harap dapat melihat anak2 menunaikan Haji ...muda2han Allah kurniakan mereka rezeki yang mewah dan berkah..

No comments:

Post a Comment