Telah berlalu 2012, kini 1 Januari menonjolkan diri..1 Januari 2013. Cepatnya masa berlalu. Masih aku ingat lagi Dis.. tahun 2011 , ikut Suria ke Penang. Sebelum itu Nov. aku ke Besut Trengganu rumah adik ipar . Naik bas Mahligai dengan Ilham, Siah dan Sarah. Balik dari Trengganu aku demam urat, penat naik bas.
Tahun 2012 pula bulan Jun , ikut Suria lagi ke Vietnam. Dan baru2 ni ke S'pore melawat Universal Studio dan city tour bandar S'pore. Sebelum itu masuk Legoland JB. Wah berjalan sakan aku...
Sebenarnya aku memang suka berjalan. Hidup bersendirian tanpa suami memang sunyi. Apalagi bila dah bersara . Aku pulak bukan orang yg aktif politik ke, WI ke, atau apa2 kegiatan lain. Masa kupenuhkan dengan ke surau, masjid, dan ke rumah anak cucu . Di rumah aku leka dengan pokok2 bunga, kucing dan ikan2 kecil dalam akuarium dan membaca..Jadi kalau dipelawa utk berjalan , memang pucuk dicita ulam mendatang. Berjalan tu pun bukan jauh sangat, setakat dalam Malaysia. Nak keluar negara yg jauh2 memang tak mampulah. Kadang2 memang ada rasa iri bila dengar orang2 bersara keluar negara, melancong.
Dah bertambah setahun lagi umurku. Muda2han Allah panjangkan umurku dalam keadaan sehat , dapat menambah dan memperbaiki ibadahku yg sangat sedikit ini. Dapat bergurau dengan cucu2 dan yg ku harap dapat melihat anak2 menunaikan Haji ...muda2han Allah kurniakan mereka rezeki yang mewah dan berkah..
Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar
Monday, 31 December 2012
Sunday, 16 December 2012
Rindu Emak...
Gambar ini aku mintak daripada kakak aku. Dia banyak juga simpan gambar2 lama. Jadi aku mintak satu gambar ni.Ini gambar mak dengan cicit dia anak Milah . Kalau tak salah tu Marina dan Farish. Mak ni panjang umur dan sehat. Dapat tengok cucu2 dia kawin. Orang2 dulu kan kawin umur muda. Kalah tak salah mak kawin umur dia 13 tahun......mudanya. Orang sekarang paling cepat kaein umur 24 tahun. Sbb tu lambat dapat anak dan umur 50 tahun baru dapat cucu. Anak pun tak ramai ..
Kadang2 rindu pada emak tak dapat ditahan2..macam nak beritau mak sesuatu, tapi aku tau bahawa mak sudah tak ada. Emak meninggal waktu aku baru benar bersara. Aku bersara 24/03/03, mak meninggal 26/03/03. Sempat juga aku tidur dengan dia dan suap dia makan. Niat hati bila bersara tu nak jaga dia di rumah kakak aku. Tapi tak kesampaian. Nasib baik juga sebelum bersara tu ada jjuga aku ke rumah kakak menjengok2 dia
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh mak n bapakku, Hjh Rafeah bti hj Abd Rahman dan Mohd Noh Hj Arshad. Insan yg bsnysk berkorbann terkorban demi anak2. Ya Allah kurniakan ganjaran Syurga bg mereka Ya Allah.
Tuesday, 4 December 2012
BP - Melaka - Bangi - KL
Beberapa malam bersama Ilham dan Ikhwan di Bp , aku pun bawa mereka balik Melaka. Dua malam di Melaka Diat bawak .ke rumah dia di Bangi . Babyseater awak2 dia bercuti . Aku tunggu anak dialah kat rumah.
Hari Sabtu aku .ke rumah anak saudara kerana ada majlis bertunang anaknya , diKe pong. Leaps tu aku balik .ke rumah Intan Di UK Perdana . Hujung minggu ni aku balik Bangi dan seterusnya ke Bp.
Insyaallah aku akan ikut Suria ke USS . Muda 2han ..Nak tengok universal studio Singapura .
Subscribe to:
Posts (Atom)