Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Friday, 5 August 2016

Grand Lexis Hotel

Dah lama benar aku tak membuka Blogger ni. Selalu berangan2  nak menulis atau mencatat apa2 kesah yg berlaku dlm keluarga atau diri sendiri. Tapi kekangan masa yg membuat aku tak berdaya dan menjadikan apa yg aku nak tulis tu terbiar saja.
Hari ni aku berada di Grand Laxis Hotel PD. Ini kali kedua aku dibawa berrehat kat dini oleh Suria. Kali pertama tahun lepas , tpi lupa pulak masanya. Suria ni memang suka mengumpulkan adik beradik dan anak2 saudara, dok ramai2 .....Aku tak kisah, bahkan aku suka sbb dpt jumpa anam cucu. Bila dah ramai tu mcm2 hallah yg berlaku.

Yang  paling disukai oleh cucu2 ialah mandi kolam. Mandilah mereka di kolam tu dng jerit pingkaunya mcm tak pernah jumpa kolam mandi. Sampai hotel aje terus mandi, sebelum maghrib mandi, celek mata pagi, mandi , tengahari pun mandi.....huh memang tak pernah jemu. Itulah dunia budak2 . Aku tumpang suka. Selagi aku masih sehat, boleh makan, aku ikut ajelah ke mana2 mereka pergi.

0

Tuesday, 1 March 2016

1 MAC 2016. Lepak kat rumah...


Aku dah balik ke rumah ku di BP. Aku ikut mereka balik pd 9 Feb. lalu. 10Feb Suria bawak aku mkn angin ke Padang Sumatra. Pd awalnya mcm malas nak ikut. Tapi bila anak2 yg lain kata pergilah...maka aku ikutlah. Kat sana 2 mlm aje. Tapi rasa seronok melihat negara org...
Apa yang aku perolehi dari negara itu ialah mereka hidup dengan meggunakan apa sahaj sumber alam yang Allah kurniakan kpd mereka. Mereka takkan mati kelaparan kerana mereka ada beras yg ditanam sendiri, ada sayur yg ditanam sekeliling rumah, ada ikan yg ditangkap dlm tasik atau sungai/ laut. dan yg paling istimewa tidak ada bangsa lain yg berani tinggal lama di situ.
Mereka mendirikan masjid atau surau dari derma org ramai. Tidak berharap kpd kerajaan.

Kami dibawa oleh Pak Supir yg pandai bercerita dan berseluruh. Dia tahu sejarah tempat2 yang dilawati. Kami dibawa melawat kilang kopi yang seratus peratus diusahakan oleh org tempatan.
Kami juga melihat bagaimana mereka menghasilkan kuih bingka dpd ubi kayu n pisang. Memang sedap. Sedangkan ditempat kita bingka ubi tu mcm dah nak pupus.

Memang amat berbeza kehidupan mereka berbanding kehidupan org kita yg rata2 mahukan kerja di pejabat... maka jatuhlah kerja2 itu ke tangan mereka yg berhijrah ke sini.

lain2 tempat yg dilawati termasuklah Air Terjun lembah Anai, Istana Beso Pagar Ruyung dan ada lg lah tempat2 shopping. habis jg dekat2 2 juta.....hi..hi...

Hari Sabtu balik KL. sampai rumah Amat dah mlm jg. Sebabnya kerana tak dapat cari tempat parking kereta...Park tempat lain , cari tempat lain....

Esok Sabtu 13 Feb kami ke majlis kawin anak kak Normah pulak di Dewan Felda Keramat.

Suria balik melaka, tpi aku tak ikut sbb ada app dng Dr Siti Aisyah di Klinik Shifa Syah Alam pd 16/2 tu. Aku dok rumah Amat.Hari Ahad 15/2 tu ada annual dinner pelajar2 Alam Syah di Hotel Mandrin...Ada yg sponser. Kalau aku disuruh membayar sampai RM 500 satu kepala, maka jawabnya tidaklah..lebih baik aku belanja makan anak cucu aku...taraf hidup kami tak sampai ke level itu nampaknya.



Monday, 25 January 2016

Telah berlalu 2015

Masa berlari begitu laju. Seakan tidak terjkejar. Kini telah masuk Januari 2016. Umurku semakin meningkat. Akhdiat masuk 43 tahun. Suria 41. Ahmad Nazman 38. Intan ( syahrul Fauziah ), 35.  Aku masuk 69. Alhamdulillah Allah masih beri kami bernafas lg di bumiNya ini.
Cucu2 ku telah 11 orang :

Afif Wahdi bersekolah di MRSM Parit, sekarang tg 4. Alhamdulillah memperolehi keputusan yg cemerlang PMR, 9 A, 1C.
Mohammad Ilham Syukri , tg. 1 , SMK Dang Anom. UPSR 2A, 2B, 1C.
Aisya Zahra, djh 6.
Adib Irfan , djh 4
Ahmad Ikhwan Najmi, djh 3
Iman Daniel djh 3
Imran Hafiez, djh 1
Putri Norjannah, tadika
Mohammad Firdaus, tadika
Abdullah Fahmi 3 tahun
Ayra Malissa 2 tahun.

Muda2han Allah permudahkan urusan belajar mereka. Terang hati ,pandai mengaji dan rajin solat.

Semoga Allah memelihara n melindungi kami dari penyakit2 yg merbahaya, mala petaka serta dijauhi dari menetima nasib n takdir yg buruk. Amiinn

Menantu2ku pula..alhamdulillah, mereka masih menjadi menantu yg baik.  Kartini , 40, Mohd Alif , 41, Lokmam 35.
Hanya Ahmad Nazman aje yg belim menemui pengganti...insyaa Allah muda2han Allah temuikan dia dng perempuan yg solehsh, yg sanggup hidup susah senang dngnya dan sanggup memberiksn kasih sayang kpd anak2nya...aminnn

Aku sentiasa berdoa agar Allah memperkenankan doa2ku.. semoga Allah memberkati kehifupan kami. Membukakan hati2 yg masih tertutup, melembutkan hati2 yg keras serta memberi kami petunjukNya ke jln yang Diredhai.

YA ALLAH LIMPAHKANLAH KAMI DNG REZEKIMU YANG MEWAH N BERKAH. MUDA2HAN KAMI DPT MENUNAIKAN FARDHU HJ DLM USIA MUDA.
AMIIN....YA RABBIL ALAMIN...

Sunday, 1 March 2015

Gambar terkini cucu2 ku


Ini sebenarnya gambar raya 2014. disebabkan dlm pc aku ni takde gambar2 lain maka aku upload saja gambar ni. Tengoklah kerenah2 mereka waktu nak diambil gambar....kecoh...apa2 pun mereka cucu yg comel dan selalu menhiburkan hati aku.

Friday, 27 February 2015

Puteri Norjannah dan Mohammad Firdaus...

Bila memandang kedua2 cucuku ini aku menjadi sangat sedih...aku akan menangis, kerana dlm umur sekecil itu ibu bapa mereka berpisah. Aku teringat ketika suami aku meninggak, anak2 ku dikira kecil juga, akhdiat 18, Suria 16, Amat 14 dan Intan 10.Tak dapat aku gambarkan sedihnya aku bila melihat Intan yg hilang baaaaaaapa ketika umurnya 10 tahun itu. Dan aku waktu itu berumur 44 tahun, dikira masih muda juga, sudah bergelar balu.......segala2nya adalah ketentuan Allah SWT.

Tetapi aku bersyukur juga kerana cucu2ku itu rapat dengan ayahnya, Ahmad Nazman. Dan Amat pula sangan sayang kpd mereka berdua. Sabar benar dia dengan kerenah anak2nya yang nalurinya sangat terganggu atas peristiwa itu. Walaupun mereka belum faham tetapi mereka tentu merasa hairan kenapa mama dia takde bersama2, dan kenapa ayah n mama mereka duduk berasing. Mereka tak pandai nak bertanya tetapi dari reaksi mereka yang kadang2 merajuk, menangis,buat kerenah dll, itu adalah sebagai tanda2 perasaan mereka terganggu......

Terkadang aku pelik juga kenapa budak2 tu tak rapat dengan mama mereka. Sikit2 ayah, mandi ayah, pakai baju ayah, makan ayah.....pendekkata semua ayah...Jarang budak2 rapat dengan ayah sampai begitu teruk. Memang pelik. Tetapi itulah ketentuan Allah...kalau tidak aku tak dapatlah bermanja2 dengan mereka berdua.

Mungkin Sh. Fatimah ni tak pandai melayan budak2...maklumlah tak ada budak2 kecil di rumahnya kerana emak bapaknya belum ada cucu. Tetapi ke mana perginya naluri seorang ibu.yg sepaptutnya sangat menyayangi anak2 ?....Entahlah aku tak dapat nak mencari sebab musababnya. Yang boleh aku katakan ialah apa2 pun aku bersyukur kerana Amat selalu bawak balik anak2nya ke BP. Mula2 memang susah nak ' jinakkan ' mereka, maklumlah jarang balik . Mereka tak kenal kami...Tapi sekarang tak ada masalah . Jannah rapat dengan mamy ( Suria )..dan dah kenal sepupu2 dia. Begitu juga Firdaus.Dan mereka dah boleh bermain bersama2.

Aku berdoa semoga mereka berdua ( Amat - Fhtam ) tidak menimbulkan masalah dlm menjaga anak2 mereka tu...Jangan ada dedam kesumat dlm hati masing2. Jangan buat hal2 yg boleh menjejaskan hati n perasaan anak2. Kesian mereka...Dan aku berdoa agar masing2 bertemu jodoh yg sesuai buat mereka....Aminnn

Wednesday, 25 February 2015

Telah datang 2015......

Laju betul masa berlalu...rasanya baru saja 2014 bermula...dah muncul 2015.  Rasanya aku baru saja menjaga Tini bersalin anak keempatnya, Abdullah Fahmi Mei 2013, dan diikuti oleh lahirnya Ayra Malissa 12 Mei 2014....anak Intan. ......Lajunya masa itu berlalu .

Banyak peristiwa sedih berlaku dlm th 2014. Antaranya ialah kehilangan pesawat MAS MH370 pd 8 mac yg hingga kini masih belum terjawab lagi kehilangannya itu..Sebuah lg pesawat MAS ditembak di ruang udara Russia....mengorbankan ramai penumpang termasuk anak kapal. Dan yg akhir terhempasnya kapal Air Asia Indonesia di perairan Indonesia. Ramai lg yg terkorban.

Yang paling sedih dan tak disangka2 ialah runtuhnya rumahtanggan anakku Ahmad Nazman dan Sh.Fatimah.....perkahwinan mereka tak panjang, bertahan tak sampai 5 tahun.  Tanda2 ketidakserasian hidup mereka itu dah lama aku dapat rasakan...tapi tak sangka pulak ada unsur2 lain yg mempercepatkan lg penceraian mereka.....
Yang boleh aku lakukan ialah berdoa agar masing2 akan menemui jodoh dengan pasangan yg sesuai dengan mereka. Dan harap demi anak2 Puteri Norjannan dan Mohd Firdaus, mereka dapat bertolak ansur utk membesarkan mereka...kesian anak2 yg tak tau apa2 tu...
Itulah serba ringkas peristiwa2 tahun 2014...kami mengakhiri tahun itu dengan beramai2 ke Universal Studio di kota Singa....
Tahun ini Afif Wahdi n Ilham Syukri akan mengambil peperiksaan UPSR dan PT3. Aku doakan mereka sehat, Allah pertingkatkan kefahaman mereka , dapat ilmu2yg berguna utk dunia n akhirat dan lulus cemerlang..Aminn...