Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Friday 27 February 2015

Puteri Norjannah dan Mohammad Firdaus...

Bila memandang kedua2 cucuku ini aku menjadi sangat sedih...aku akan menangis, kerana dlm umur sekecil itu ibu bapa mereka berpisah. Aku teringat ketika suami aku meninggak, anak2 ku dikira kecil juga, akhdiat 18, Suria 16, Amat 14 dan Intan 10.Tak dapat aku gambarkan sedihnya aku bila melihat Intan yg hilang baaaaaaapa ketika umurnya 10 tahun itu. Dan aku waktu itu berumur 44 tahun, dikira masih muda juga, sudah bergelar balu.......segala2nya adalah ketentuan Allah SWT.

Tetapi aku bersyukur juga kerana cucu2ku itu rapat dengan ayahnya, Ahmad Nazman. Dan Amat pula sangan sayang kpd mereka berdua. Sabar benar dia dengan kerenah anak2nya yang nalurinya sangat terganggu atas peristiwa itu. Walaupun mereka belum faham tetapi mereka tentu merasa hairan kenapa mama dia takde bersama2, dan kenapa ayah n mama mereka duduk berasing. Mereka tak pandai nak bertanya tetapi dari reaksi mereka yang kadang2 merajuk, menangis,buat kerenah dll, itu adalah sebagai tanda2 perasaan mereka terganggu......

Terkadang aku pelik juga kenapa budak2 tu tak rapat dengan mama mereka. Sikit2 ayah, mandi ayah, pakai baju ayah, makan ayah.....pendekkata semua ayah...Jarang budak2 rapat dengan ayah sampai begitu teruk. Memang pelik. Tetapi itulah ketentuan Allah...kalau tidak aku tak dapatlah bermanja2 dengan mereka berdua.

Mungkin Sh. Fatimah ni tak pandai melayan budak2...maklumlah tak ada budak2 kecil di rumahnya kerana emak bapaknya belum ada cucu. Tetapi ke mana perginya naluri seorang ibu.yg sepaptutnya sangat menyayangi anak2 ?....Entahlah aku tak dapat nak mencari sebab musababnya. Yang boleh aku katakan ialah apa2 pun aku bersyukur kerana Amat selalu bawak balik anak2nya ke BP. Mula2 memang susah nak ' jinakkan ' mereka, maklumlah jarang balik . Mereka tak kenal kami...Tapi sekarang tak ada masalah . Jannah rapat dengan mamy ( Suria )..dan dah kenal sepupu2 dia. Begitu juga Firdaus.Dan mereka dah boleh bermain bersama2.

Aku berdoa semoga mereka berdua ( Amat - Fhtam ) tidak menimbulkan masalah dlm menjaga anak2 mereka tu...Jangan ada dedam kesumat dlm hati masing2. Jangan buat hal2 yg boleh menjejaskan hati n perasaan anak2. Kesian mereka...Dan aku berdoa agar masing2 bertemu jodoh yg sesuai buat mereka....Aminnn

No comments:

Post a Comment