Subhana Allah, Alhamdulillah, Lailahaillawah, Allah Akbar

Sunday, 7 August 2016

Rumah Terbalik PD.

Selesai di Grand Lexis kami pergi pulak ke Rumah Terbalik di PD tu.
Bagus jg melawat rumah tu. Aku tak dpt ceritakan apa ada dlm rumah terbalik tu. Tengoklah  gambar2 di bawah ni.

Saturday, 6 August 2016

Berendam lagi.....

Hari Ahad hari kedua di GLX. Pagi2 Iman n Ayra dah terjun kolam mandi. Malangnya tengah2 mandi tu Ayra terberak. Ada beberapa ketul yg terjatuh dlm kolam tu.....hiii dah semuanya tak mau mandi.
Akhirnya Alif bersukarela membuang ketulan tu...dan barulah mereka nak mandi. ....
Inilah rakaman  gambar pg tu...

Mandi lagi....tambah ahli , masuk anak Diat, Aisya, Adib n Fahim.

Friday, 5 August 2016

Grand Lexis lagi.

Grand Lexis Hotel

Dah lama benar aku tak membuka Blogger ni. Selalu berangan2  nak menulis atau mencatat apa2 kesah yg berlaku dlm keluarga atau diri sendiri. Tapi kekangan masa yg membuat aku tak berdaya dan menjadikan apa yg aku nak tulis tu terbiar saja.
Hari ni aku berada di Grand Laxis Hotel PD. Ini kali kedua aku dibawa berrehat kat dini oleh Suria. Kali pertama tahun lepas , tpi lupa pulak masanya. Suria ni memang suka mengumpulkan adik beradik dan anak2 saudara, dok ramai2 .....Aku tak kisah, bahkan aku suka sbb dpt jumpa anam cucu. Bila dah ramai tu mcm2 hallah yg berlaku.

Yang  paling disukai oleh cucu2 ialah mandi kolam. Mandilah mereka di kolam tu dng jerit pingkaunya mcm tak pernah jumpa kolam mandi. Sampai hotel aje terus mandi, sebelum maghrib mandi, celek mata pagi, mandi , tengahari pun mandi.....huh memang tak pernah jemu. Itulah dunia budak2 . Aku tumpang suka. Selagi aku masih sehat, boleh makan, aku ikut ajelah ke mana2 mereka pergi.

0

Tuesday, 1 March 2016

1 MAC 2016. Lepak kat rumah...


Aku dah balik ke rumah ku di BP. Aku ikut mereka balik pd 9 Feb. lalu. 10Feb Suria bawak aku mkn angin ke Padang Sumatra. Pd awalnya mcm malas nak ikut. Tapi bila anak2 yg lain kata pergilah...maka aku ikutlah. Kat sana 2 mlm aje. Tapi rasa seronok melihat negara org...
Apa yang aku perolehi dari negara itu ialah mereka hidup dengan meggunakan apa sahaj sumber alam yang Allah kurniakan kpd mereka. Mereka takkan mati kelaparan kerana mereka ada beras yg ditanam sendiri, ada sayur yg ditanam sekeliling rumah, ada ikan yg ditangkap dlm tasik atau sungai/ laut. dan yg paling istimewa tidak ada bangsa lain yg berani tinggal lama di situ.
Mereka mendirikan masjid atau surau dari derma org ramai. Tidak berharap kpd kerajaan.

Kami dibawa oleh Pak Supir yg pandai bercerita dan berseluruh. Dia tahu sejarah tempat2 yang dilawati. Kami dibawa melawat kilang kopi yang seratus peratus diusahakan oleh org tempatan.
Kami juga melihat bagaimana mereka menghasilkan kuih bingka dpd ubi kayu n pisang. Memang sedap. Sedangkan ditempat kita bingka ubi tu mcm dah nak pupus.

Memang amat berbeza kehidupan mereka berbanding kehidupan org kita yg rata2 mahukan kerja di pejabat... maka jatuhlah kerja2 itu ke tangan mereka yg berhijrah ke sini.

lain2 tempat yg dilawati termasuklah Air Terjun lembah Anai, Istana Beso Pagar Ruyung dan ada lg lah tempat2 shopping. habis jg dekat2 2 juta.....hi..hi...

Hari Sabtu balik KL. sampai rumah Amat dah mlm jg. Sebabnya kerana tak dapat cari tempat parking kereta...Park tempat lain , cari tempat lain....

Esok Sabtu 13 Feb kami ke majlis kawin anak kak Normah pulak di Dewan Felda Keramat.

Suria balik melaka, tpi aku tak ikut sbb ada app dng Dr Siti Aisyah di Klinik Shifa Syah Alam pd 16/2 tu. Aku dok rumah Amat.Hari Ahad 15/2 tu ada annual dinner pelajar2 Alam Syah di Hotel Mandrin...Ada yg sponser. Kalau aku disuruh membayar sampai RM 500 satu kepala, maka jawabnya tidaklah..lebih baik aku belanja makan anak cucu aku...taraf hidup kami tak sampai ke level itu nampaknya.



Monday, 25 January 2016

Telah berlalu 2015

Masa berlari begitu laju. Seakan tidak terjkejar. Kini telah masuk Januari 2016. Umurku semakin meningkat. Akhdiat masuk 43 tahun. Suria 41. Ahmad Nazman 38. Intan ( syahrul Fauziah ), 35.  Aku masuk 69. Alhamdulillah Allah masih beri kami bernafas lg di bumiNya ini.
Cucu2 ku telah 11 orang :

Afif Wahdi bersekolah di MRSM Parit, sekarang tg 4. Alhamdulillah memperolehi keputusan yg cemerlang PMR, 9 A, 1C.
Mohammad Ilham Syukri , tg. 1 , SMK Dang Anom. UPSR 2A, 2B, 1C.
Aisya Zahra, djh 6.
Adib Irfan , djh 4
Ahmad Ikhwan Najmi, djh 3
Iman Daniel djh 3
Imran Hafiez, djh 1
Putri Norjannah, tadika
Mohammad Firdaus, tadika
Abdullah Fahmi 3 tahun
Ayra Malissa 2 tahun.

Muda2han Allah permudahkan urusan belajar mereka. Terang hati ,pandai mengaji dan rajin solat.

Semoga Allah memelihara n melindungi kami dari penyakit2 yg merbahaya, mala petaka serta dijauhi dari menetima nasib n takdir yg buruk. Amiinn

Menantu2ku pula..alhamdulillah, mereka masih menjadi menantu yg baik.  Kartini , 40, Mohd Alif , 41, Lokmam 35.
Hanya Ahmad Nazman aje yg belim menemui pengganti...insyaa Allah muda2han Allah temuikan dia dng perempuan yg solehsh, yg sanggup hidup susah senang dngnya dan sanggup memberiksn kasih sayang kpd anak2nya...aminnn

Aku sentiasa berdoa agar Allah memperkenankan doa2ku.. semoga Allah memberkati kehifupan kami. Membukakan hati2 yg masih tertutup, melembutkan hati2 yg keras serta memberi kami petunjukNya ke jln yang Diredhai.

YA ALLAH LIMPAHKANLAH KAMI DNG REZEKIMU YANG MEWAH N BERKAH. MUDA2HAN KAMI DPT MENUNAIKAN FARDHU HJ DLM USIA MUDA.
AMIIN....YA RABBIL ALAMIN...